top of page

Selamatkah memandu Grab sekarang ini?

Baru-baru ini telah berlaku suatu tragedi yang tidak diingini terhadap seorang pemandu Grab di Kuala Lumpur. Pemandu tersebut telah dijumpai meninggal dunia di dalam kereta akibat dibunuh. Kesnya masih dalam siasatan (setakat artikel ini ditulis).

Maka ramailah yang bertanya dan tidak kurang ramai juga yang mempertikaikan tentang isu keselamatan pemandu Grab. Ramai juga pemandu yang agak risau dengan keselamatan diri masing-masing.

Risiko 

Jika dibandingkan dengan risiko keselamatan,  sebenarnya pemandu teksi lebih berisiko dari pemandu Grab. Ini kerana mereka mengambil penumpang ditepi jalan yang langsung tidak didaftarkan ke dalam sistem sebagai penumpang. Ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh menaiki teksi. 

Berlainan dengan Grab, semua penumpang mestilah mendaftar terlebih dahulu sebagai penumpang dengan memberikan alamat email dan juga nombor telefon yang akan disahkan oleh sistem Grab. Ini serba sedikit akan memberikan sedikit maklumat diri penumpang yang telah mendaftar dengan Grab. Jika ada apa-apa yang berlaku, pihak Grab boleh tahu siapa yg terlibat. Tambahan pula dengan Grab Driver apps yang canggih, Grab boleh tahu kedudukan kereta yang dipandu oleh pemandu Grab.

Pemandu Grab Wanita

Sudah pasti mereka adalah golongan yang paling risau dengan apa yang berlaku. Setakat hari ini lebih 30% adalah pemandu wanita. Ramai juga yang memandu sehingga lewat pagi untuk mencari rezeki untuk keluarga. Rata-rata ramai diantara mereka masih lagi optimis dengan keselamatan semasa memandu Grab kerana risikonya adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan teksi. Isu keselamatan yang melibatkan pemandu teksi wanita pun kita jarang dengar jadi ini memberikan keyakinan yang lebih terhadap Grab.

Langkah Keselamatan 

Antara langkah keselamatan tambahan yang boleh diambil oleh pemandu itu sendiri adalah dengan memasang CCTV di dalam kereta. Pastikan yang boleh merekod gambar video bahagian hadapan dan juga dalam kereta. Ini akan memberikan sedikit amaran bagi mereka yang teringin melakukan perkara yang tidak baik terhadap pemandu. Ada juga ramai yang membawa penyembur pemedih mata sebagai langkah berjaga-jaga. Adalah tidak digalakkan sama sekali membawa pisau atau seumpamanya kerana boleh mencederakan diri sendiri jika berlaku sebarang pergelutan.

Bagi mereka yang masih memandu atau ingin memandu Grab, maka perkara ini tidak perlu dijadikan batu penghalang untuk mencari rezeki yang halal. Apa-pun segala pilihan ditangan anda.

Selamat memandu😊

*Jika anda berminat untuk memandu Grab, sila ke pautan ini http://bit.ly/registergrab

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page