top of page

DRIVER RATING ANDA JATUH? INI CARANYA UNTUK NAIKKAN SEMULA

Driver Rating (DR) ini adalah rating yang diberikan oleh penumpang kepada  pemandu dan ia sangat penting bagi pemandu. Pemandu mesti mengekalkan DR minima untuk layak terima insentif dan dari digantung dari memandu (4.4)

Untuk memastikan DR berada di zon selesa, pemandu Grab mesti memastikan :-

1. Kebersihan kereta

Adalah agak sukar untuk memastikan kereta sentiasa bersih apatah lagi membasuhnya setiap hari. Maka perkara yg boleh dibuat adalah dengan mengelap cermin kereta 2 kali sehari dan membersihkan karpet 4 kali sehari. Bila cermin kereta sentiasa bersih, secara pandangan kali pertama, penumpang akan nampak kereta seperti bersih. Sama juga bila mereka masuk ke dalam kereta dengan keadaan karpet yg tiada pasir atau sampah.

2. Memandu secara lebih sopan.

Mungkin bila berada di depan, kita mungkin tidak terasa seperti mereka yang duduk di belakang yang keadaannya agak lebih 'kasar'. 

Apabila memandu kita kena sentiasa ingat yang kita sedang membawa orang dan bukannya barang.

3. Tidak menggunakan haruman kereta yang keterlaluan

Tidak semua orang akan suka dengan apa yang kita suka maka pastikan haruman kereta yang anda gunakan adalah tidak kuat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang.

4. Bina suasana harmoni

Ini adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada rating yg baik. Kita kena bijak untuk memberikan suasana yang terbaik sebelum penumpang masuk ke kereta kita lagi.

Ini bermula dari kita mula menghubungi mereka untuk mengetahui lokasi sebenar sehinggalah mereka keluar dari kereta. Sentiasa sabar dengan karenah penumpang yang pelbagai serta sentiasa lontarkan senyuman seperti menerima seseorang tetamu datang ke rumah kita. 

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page