top of page

KISAH BENAR BAGAIMANA SAYA MENJADI PEMANDU GRAB

Hi! Saya Zul. Saya sudah memandu Grab sejak Februari 2016. Masih segar lagi di ingatan masa mula-mula mendaftar sebagai pemandu Grab. Ketika itu saya memang sedang tercari-cari peluang untuk tambah pendapatan. Kebetulan pula abang saya Joe sedang memandu Grab. Saya pun sebenarnya agak hairan jugak kenapa abang saya yang merupakan seorang jurutera masih hendak menjadi pemandu walaupun hanya sekadar sambil-sambilan. Tanpa berfikir panjang saya pun terus mendaftar dengan abang saya sebagai pemandu Grab.

Pada permulaannya memang menggelabahlah sikit.Huh..apa tidaknya, manalah pernah seumur hidup saya bekerja sebagai pemandu jadi macam-macamlah bayangan yang berlegar dalam kepala ni. Setelah pergi ke ibu pejabat Grab untuk menghadiri latihan dan buat pengesahan dokumen maka saya pun secara rasminya bergelar pemandu Grab.

Pada hari pertama ingin memandu Grab, Allah sahajalah yang tahu perasaan saya ketika itu. Rasa cemas dan takut pun ada sebab inilah pengalaman pertama kali jadi pemandu. Setelah satu perjalanan selesai, saya sambung lagi untuk perjalanan yang seterusnya. Banyak juga yang saya dapat pada hari pertama tu..alhamdulillah. Selepas itu mulalah berasa agak seronok sebab kita tak perlu mencari penumpang tetapi merekalah yang mencari kita..best kan?

Kemudian setelah beberapa minggu saya bawa secara sambil-sambilan, barulah saya buat keputusan untuk memandu secara sepenuh masa sehinggalah sekarang nih bila melihatkan potensi pendapatan yang dikira agak lumayan juga ketika itu.

Sekarang ini pula saya telah dilantik sebagai pemandu Alpha oleh pihak syarikat untuk mengendalikan pendaftaran dan latihan bagi pemandu baru. Ini adalah supaya kami para pemandu alpha dapat berkongsi ilmu dan mencurahkan pengalaman sebagai pemandu sepenuh masa kepada semua pemandu baru yang kami daftarkan. Ya lah kan, siapa lagi yang layak sebenar-benarnya untuk berkongsi pengalaman kalau tidak pemandu itu sendiri kan?

Jadi anda sebenarnya sangat beruntung sebab dapat bertemu dengan saya sebagai pemandu alpha. InsyaAllah saya dan kumpulan saya yang komited akan membantu anda mendaftar dan berkongsi segalanya tentang menjadi seorang pemandu Grab yang dapat mencapai impian pendapatan masing-masing.

Jadi apa tunggu lagi..Jom kami bantu anda.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page